Make your own free website on Tripod.com
TUGAS
PADA AMNYA TUGAS KAMI DI BAHAGIAN PENGUATKUASA IMIGRESEN ADALAH UNTUK MENGUATKUASAKAN :-

1. AKTA IMIGRESEN 1959/1963, Pindaan 2002
2. AKTA PASPOT, 1996
3. PERATURAN-PERATURAN IMIGRESEN , 1963

DIDALAM MEREALISASIKAN AMANAH DAN TANGGUNGJAWAB DI ATAS, BAHAGIAN INI AKAN MENJALANKAN TUGAS-TUGAS BERIKUT:

1.MENERIMA ADUAN / KES RUJUKAN
2.MENJALANKAN RISIKAN
3.MENGADAKAN OPERASI / TANGKAPAN
4.MENJALANKAN SIASATAN
5.MENAWAR / MENERIMA BAYARAN KOMPAUN
6.MELAKSANAKAN PROSES PENDAKWAAN
7.MENGAWALSELIA TAHANAN
8.MENJAGA / MELELONG KENDERAAN YANG
    DILUCUTKAN HAK OLEH MAHKAMAH.
 

1.MENERIMA ADUAN / KES RUJUKAN
   Bahagian Penguakuasa menerima aduan dan maklumat dari orang ramai dari pelbagai sumber termasuk melalui telefon, surat dan juga laporan terus dari pengadu. Aduan-aduan ini akan diteliti dan akan disusuli dengan tugas risikan dan operasi.

  Pihak kami juga menerima kes rujukan berhubung tangkapan warganegara asing dari jabatan-jabatan lain seperti PDRM, Pejabat Agama dan JPJ. Kes rujukan juga diterima dari bahagian-bahagian lain di Jabatan Imigresen Johor. Kes-kes rujukan ini akan disiasat untuk diambil tindakan oleh jabatan.


2.MENJALANKAN RISIKAN

  Berdasarkan maklumat yang diperolehi, pegawai bahagian risikan ini akan mengenalpasti lokasi aduan, kesesuaian masa dan kekuatan anggota yang diperlukan untuk beroperasi.


3.MENGADAKAN OPERASI / TANGKAPAN

   Operasi akan diadakan tanpa mengira masa dan tempat. Operasi lazimnya akan diketuai oleh seorang Timbalan Penolong Pengarah Imigresen dan ada masanya dibantu oleh agensi luar seperti RELA dan Polis. Operasi terbahagi kepada beberapa katogeri seperti Ops Kutip, Ops Pintu , Ops Dandan,Ops Sayang dan lain-lain lagi.


4.MENJALANKAN SIASATAN

  Setiap tangkapan, samada tangkapan sendiri atau agensi lain, akan dirujuk kepada bahagian siasatan. Bahagian siasatan akan mengendalikan kertas siasatan untuk mengenalpasti kesalahan dan pesalah. Kertas Siasatan ini akan dirujuk kepada Pejabat Pendakwaraya  untuk mendapat keputusan lanjut samada didakwa,dibebas atau diusir dalam masa tidak melebihi 14 hari dari tarikh tangkapan dibuat.


5.MENAWAR / MENERIMA BAYARAN KOMPAUN

    Bahagian ini, dengan persetujuan Timbalan Pendakwaraya, boleh menawarkan bayaran kompaun terhadap mana-mana orang yang telah melakukan kesalahan Imigresen yang boleh dikompaun. Bayaran kompaun ini boleh dibuat secara tunai atau bank draft di kaunter pembayaran di pejabat bahagian ini.


6.MELAKSANAKAN PROSES PENDAKWAAN

   Mana-mana kes yang akan didakwa akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwaraya untuk mendapatkan sanksi. Setelah itu pegawai pendakwa akan membawa kes itu ke mahkamah untuk jalankan proses pendakwaan.


7.MENGAWALSELIA TAHANAN

   Pegawai dari bahagian ini secara bergilir-gilir akan bertugas di Depoh Imigresen Pekan Nenas dengan diketuai oleh seorang Pegawai Imigresen Tinggi selama 3 bulan. Pegawai bertugas di depo bertanggungjawab mengurus tahanan warganegara asing  sementara menunggu proses siasatan, pendakwaan atau pengusiran.
  Bagi warganegara asing lelaki yang dijatuhkan hukuman penjara, mereka akan menjalani hukuman di Penjara Simpang Renggam atau Penjara Air Molek dan akan diselia oleh seorang pegawai dari bahagian ini untuk urusan pengusiran.


8.MENJAGA / MELELONG KENDERAAN YANG DILUCUTKAN
    HAK OLEH MAHKAMAH

  Bahagian penguatkuasa juga bertanggungjawab terhadap semua kenderaan termasuk bot dan injin bot yang dirampas bersabit kes imigresen dan setelah dilucutkan hak oleh pihak mahkamah, bahagian ini kemudiannya akan jalankan proses lelong ke atas kenderaan ini untuk ditender oleh orang awam.